Tuesday 21 November 2023

SELAMAT DATANG PANEL AUDIT PERSIJILAN SEMULA EKSA


Seluruh warga kerja Zon AL-Farabi, MDPT mengucapkan Selamat Datang kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri  Perak Darul Ridzuan selaku panel Audit Persijilan Semula EKSA.

Monday 20 November 2023

Gotong-Royong Perdana Sempena Audit Pensijilan Semula EKSA Daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan (SUK Perak)


Pada 20 November 2023 seluruh warga kerja Majlis Daerah Perak Tengah telah bersama-sama menjayakan gotong-royong membersihkan kawasan sekitar pejabat ini. Gotong-royong perdana ini diadakan adalah bersempena Audit Pensijilan Semula EKSA Daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan  (SUK Perak) yang akan berlangsung pada 21 November 2023.

Wednesday 15 November 2023

SELAMAT DATANG YANG DIPERTUA MAJLIS DAERAH PERAK TENGAH


Kami dari Zon Al-Farabi dan seluruh warga kerja MDPT mengucapkan tahniah dan selamat datang kepada Puan Zairina Binti Noordin ke Majlis Daerah Perak Tengah. 

Monday 30 October 2023

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL EKSA DAN CABUTAN BERTUAH BAGI BULAN OGOS DAN OKTOBER


Alhamdulillah syukur, audit kali ini Zon Al-Farabi telah dipilih sebagai johan bagi kategori ZON TERABAIK dan kategori GO GREEN TERBAIK. Ucapan tahniah juga diucapkan kepada En. Danial, En. Rizaudin, Pn. Diana, Pn. Aimi serta En. Eyas kerana telah mendapat hadiah cabutan bertuah gotong-royong EKSA bagi bula Ogos dan September. 

 

Tuesday 18 July 2023

 Salam Maal Hijrah 1445H/2023M.

Sambutan tahun baru Islam, Maal Hijrah atau Awal Muharram tahun ni jatuh pada hari Rabu, 19 Julai 2023 yang juga merupakan cuti umum seluruh Malaysia.




Wednesday 22 March 2023

 SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK 1444H/2023M 

Salam Ramadhan dan selamat menunaikan ibadah puasa diucapkan kepada semua rakyat Malaysia.Marilah sama-sama kita menyambut bulan yang penuh keberkatan ini dengan hati yang terbuka.