Friday 31 December 2021

SELAMAT TAHUN BARU - 2022

Hari berganti, Bulan berganti, dan Tahum juga berganti. Tahun baru tentunya selalu disertai harapan yang baru dengan semangat yang baru. Selamat Tahun Baru 2022 diucapkan kepada seluruh warga MDPT, ikhlas dari kami Zon Al-Farabi.

Tuesday 14 December 2021

Pemenang Pertandingan EKSA Bulan Oktober 2021


Tahniah diucapkan kepada Zon Al-Farabi kerana telah memenangi Pertandingan EKSA pada bulan Oktober 2021.

Monday 13 December 2021

Tahniah MDPT FC - Juara Piala YB Adun Bota 2021


Sekalung tahniah diucapkan kepada pasukan Bola Sepak MDPT (MDPT FC) kerana telah diisytiharkan sebagai juara Piala YB Adun Bota setelah berjaya mengalahkan pasukan Bota Rovers dengan jaringan 1-0 pada perlawanan akhir di Padang Seri Iskandar.

Friday 22 October 2021

Program Kutipan 3R (Oktober)

Zon Al-Farabi turut menyertai Program Kutipan 3R bagi bulan Oktober ini. Antara bahan sisa yang telah dilupuskan adalah kertas terpakai dan juga plastik.

  

 

Thursday 21 October 2021

Pelan Lampu / Pelan Lantai Di Unit Pusat Setempat

Pelan Lampu / Pelan Lantai Di Bahagian Hadapan


Pelan Lampu / Pelan Lantai Di Bahagian Belakang
 

Zon Al-Farabi telah mengemaskini pelan lampu atau pelan lantai di Unit Pusat Setempat supaya kelihatan lebih tersusun dan teratur.

Monday 18 October 2021

Salam Maulidur Rasul


"Sesungguhnya Allah dan para malaikat berselawat ke atas Nabi SAW. 
Wahai orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atas Nabi SAW dan ucapkanlah salam penghormatan ke atasnya dengan sebenar-benarnya."
-Surah al-Ahzab ayat 56-


Friday 15 October 2021

 PERTANDINGAN EKSA

Pertandingan khas EKSA pada bulan OKTOBER yang mana pada kali ini penilaian melibatkan pelan lantai atau pelan lampu terbaik, pengurusan fail terbaik dan juga blog Eksa zon terbaik di zon masing-masing.



Wednesday 15 September 2021

HARI MALAYSIA -16 SEPTEMBER 2021

Selamat menyambut Hari Malaysia buat negara kita Malaysia tercinta. Semoga negara kita segera bebas dari wabak Covid-19 yang melanda seluruh dunia.


Monday 30 August 2021

 


Zon Al-Farabi mengucapkan selamat menyambut Hari Kebangsaan yang ke-64

kepada seluruh warga Majlis Daerah Perak Tengah.

Monday 26 April 2021


DEKORASI SUDUT KITAR SEMULA

Pada 25 April 2021, zon Al-Farabi telah mengadakan gotong-royong menghiasi ruang atau sudut kitar semula yang bertempat di Unit Pusat Setempat (OSC). Dekorasi berasaskan kayu pallet dipilih pada kali ini untuk menghiasi sudut ini. 


      




Friday 23 April 2021

 PERTANDINGAN EKSA MDPT BULAN MEI 2021

23 APRIL 2021




Semoga Zon Al-Farabi Maju Jaya !!! 💪💪💪

Wednesday 21 April 2021

CARTA PERBATUAN PENSIJILAN EKSA
MAJLIS DAERAH PERAK TENGAH
BAGI TAHUN 2021



 CARTA ORGANISASI TERKINI BAGI JAWATANKUASA INDUK DAN ZON AL-FARABI




Tuesday 20 April 2021

 PROGRAM GOTONG-ROYONG DAN 

KITAR SEMULA

Pada 16 April 2021, semua ahli Zon Al-Farabi telah memberikan kerjasama yang baik bagi menjayakan program gotong-royong dan kitar semula pada hari tersebut. Tahniah semua !! 👏👏👏




Tuesday 13 April 2021

 


Zon Al-Farabi ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada warga Majlis Daerah Perak Tengah yang beragama Islam. Semoga kita diberi umur yang panjang serta barakahnya, sehingga kita dapat beribadah sepenuhnya di bulan suci Ramadhan ini. Aamiin Yaa Robbal Alamin.


Tuesday 30 March 2021

GOTONG-ROYONG DI UNIT PUSAT SETEMPAT (OSC)

Pada 25 Mac 2021, Zon Al-Farabi telah melaksanakan aktiviti gotong-royong di Unit Pusat Setempat (OSC). Gotong-royong ini melibatkan kerja-kerja mengubahsuai susun atur ruang kerja dan sudut perbincangan. Susun atur baru ini memberikan ruang kerja yang lebih luas dan selesa dari sebelumnya. 

         SUASANA KETIKA GOTONG-ROYONG



              SUASANA DAN SUSUNAN SEBELUM 
                                               




SUASANA DAN SUSUN ATUR SELEPAS